SMK SULTAN ABDUL
AZIZ SHAH,
KAJANG
SEJARAH SEKOLAH |
|
Sejarah Sekolah
Menengah Sultan Abdul Aziz
Sekolah Menengah Sultan
Abdul Aziz ditubuhkan pada tahun 1952 dengan hanya 33 orang murid dan
2 orang guru. Pada masa itu, sekolah
ditempatkan di sebuah bangunan rumah batu yang telah tua di Jalan
Batak Rabit (sekarang Jalan Maharajalela). Bangunan itu adalah bekas
kediaman Tentera Sukarela Pada tahun 1961, bilangan murid meningkat ke angka 866 orang. Tingkatan 4
ditubuhkan. Sekolah dibahagikan kepada dua sesi. Tiga kelas menengah rendah
belajar di sebelah petang. Pada tahun 1962, bangunan sekolah dibuka dengan
rasminya oleh Almarhum DYMM Raja Muda Perak. Pada tahun-tahun selepas 1963,
kemasukan murid berkurangan. Ramai pelajar Melayu masuk ke Sekolah Menengah
Kebangsaan (Seri Perak sekarang). Pada tahun 1964 cuma tinggal 7 kelas
sahaja. Selepas itu, kemasukan pelajar bertambah semula dan ini menyebabkan
kekurangan bilik darjah. Mata pelajaran Sains Rumahtangga dan
Sains Pertanian serta Seni Perusahaan dijalankan walaupun dalam keadaan
kemudahan fizikal yang kurang. Pada tahun 1968, sekolah ini memperolehi
bangunan Maktab Latihan Harian yang terdiri daripada 3 bilik darjah, sebuah
dewan, sebuah bilik lukisan dan bilik-bilik untuk guru. Pada tarikh 2 April 1976, bangunan baru berharga $239,000 siap dibina. Ia
dirasmikan oleh Encik Abdul Raahman b Hj. Arshad, DKSJ, JSM, BSK, Timbalan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada tarikh 16 Julai, 1977. Bangunan ini
mengandungi 3 buah bilik darjah Makmal Sains, 2 bilik Sains Rumahtangga. Pada
bulan November 1978, pentadbiran Asrama Putera di Jalan Maharaja Lela telah
diambil alih daripada Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak oleh sekolah. Asrama
yang sepatutnya menanmpung 60 orang pelajar telah diisi dengan 110 orang
pelajar. Penghuninya bukan pelajar sekolah ini sahaja tetapi juga dari
sekolah-sekolah lain. Pada tahun 1979, bangunan Lower Secondary School, Teluk
Intan telah diserahkan kepada sekolah ini.Pendawaian eletrik yang memerlukan
belanja sebanyak $45,000 masih belum dibuat. Pendawaian eletrik di blok B
dibuat pada tahun 1985. Bangunan Asrama Puteri (bersebelahan bangunan sekolah) telah siap dibina
dan digunakan pada 1 Januari 1988. Asrama ini dijadikan Asrama Puteri Pusat
dan pentadbirannya diambil alih oleh SM Convent, Teluk Intan. Asrama ini
boleh menampung 200 penghuni. Pagar di sekeliling kawasan sekolah telah
diganti dengan pagar baru dan siap dibina pada bulan Januari 1988. Pada tahun
1988, sebuah koridor yang menghubungkan Blok F dengan blok A telah dibina.
Pada tahun 1988, Asrama Puteri di Jalan Sultan Abdullah telah diambil alih
pentadbirannya oleh Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan. Pada
tahun Januari 1989, asrama ini dijadikan Asrama Putera Sekolah Menengah
Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan. Pada bulan Mac 1990, bangunan baru (Blok N )
mengandungi 4 bilik darjah telah siap dibina. Pada 9 April 1990, jam 11.20
malam, bangunan Blok D terbakar. Pada bulan Ogos 1990, Bilik Sumber dan Bilik
Pandang Dengar dilengkapi sepenuhnya dengan pelbagai perabot dan peralatan
mengajar. Di sekolah ini terdapat bilik-bilik khas seperti Bilik Pandang
Dengar (APD), Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Peperiksaan, Bilik
Matematik, Bilik Sejarah dan Geografi , dan Bilik ERT. Pada tahun 2002, sebuah bangunan dengan kelengkapan dua buah makmal
komputer telah siap dibina. Pada tahun 2003, Bilik Pemprosesan Makanan serta
Bengkel Akuakultur Dan Haiwan Rekreasi siap dibina. Pada tahun 2005, kelas
aliran sains dan aliran sastera tingkatan enam rendah telah diadakan di
sekolah ini. RENTETAN SEJARAH SEKOLAH 1959 - SMK Sultan Abdul Aziz Shah bermula dengan
penubuhan Darjah Melayu. Sekolah hanya mempunyai sebuah kelas, 40 orang murid
dan 2 guru. 1963 - Kelas bertambah menjadi 4 buah. 1964 - Sekolah dikenali sebagai Sekolah Menengah
Kebangsaan Kajang. Sekolah mempunyai 5 buah kelas, 326 orang murid dan 8
orang Guru. 1966 - Mata
pelajaran elektif iaitu Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga diperkenalkan kepada murid Tingkatan 1. 1967 - DYMM Sultan Salahudin Abdul Aziz Ibni Almarhum
Sultan Hishamudin Alam Shah merasmikan sekolah ini. Sekolah diberi nama
Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah sempena nama baginda. 1970
- Aliran Sains dibuka untuk murid Tingkatan 4 1971
- Asrama yang menampung
200 orang murid dibuka. 1972
- Asrama dirasmikan oleh DYMM Tengku Idris Ibni 24 Jun) Almarhum Sultan Abdul Aziz, iaitu pemangku Sultan Selangor. 1972 - kelas peralihan dibuka. 1976 - Kelas Pendidikan Khas untuk pelajar pekak dan bisu dibuka. 1979 - Kelas Tingkatan 6 Rendah Aliran Sastera dibuka. 1980 - SMK Sultan Abdul Aziz Shah dikategorikan ke
dalam Kumpulan Gred A. 1989 - Kelas Peralihan dipindahkan ke Sekolah Menengah
Perimbun, Kajang. 1992 - Kelas Aliran Agama diperkenalkan kepada murid
Tingkatan 1. 1993 - Program Bakat dibawah Majlis Sukan Negara
dimulakan. 1995 - Bangunan Blok Temenggong didirikan untuk
menampung pertambahan murid. 1997 - Bangunan jimnasium dibina. Bangunan ’gym’
dirasmikan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin,
Menteri Belia Dan Sukan. 1999 - Mata pelajaran tasawur mula diperkenalkan kepada
murid Tingkatan 4 aliran Sastera. 2003 - Sebuah bangunan surau di luar bangunan dibina atas tajaan PIBG. Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris bagi murid Tingkatan
1. 2004 - Bangunan kayu yang menempatkan bilik darjah dan
kelas pendidikan khas dirobohkan dan
digantikan dengan bangunan konkrit oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004 - Matapelajaran Sains Sukan diperkenalkan kepada
murid Tingkatan 4. Dataran Bestari siap dibina menggantikan Tugu Bestari.
Perhimpunan sesi pagi mula diadakan di Dataran
Bestari (di luar dewan). 2004 - Matapelajaran EST mula
diajar bagi murid Tingkatan 4
aliran Sains. 2005 - Johan Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat
Negeri Selangor. 2005 - Bangunan Makmal Komputer siap dibina. Peruntukan kewangan daripada Kementerian Pelajaran
Malaysia. 2006 - Kelas Aliran Agama dibuka untuk pelajar
Tingkatan 4. Makmal Matematik dibuka di Blok Temenggong. 2006 - Mewakili Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan
Anugerah Sekolah Harapan Negara (No. 4). 2006 - Johan Pusat Sumber Cemerlang kategori daerah. 2006 - Makmal Komputer Cemerlang Daerah. 2007 - Kelas Rancangan Khas (KRK) diperkenalkan untuk
murid-murid Tingkatan 1. 2007 - Matapelajaran ICT diperkenalkan untuk
murid-murid Tingkatan 4. 2007 - Galeri Warisan ditubuhkan. 2007 - SMK Sultan Abdul Aziz Shah dicalonkan sebagai
Sekolah Cemerlang Kluster mewakili Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan. 2008 - Dicalonkan ke Pertandingan Keceriaan dan
Kebersihan Sekolah peringkat daerah. Senarai Pengetua SMK Sultan Abdul Aziz
Shah (Integ), Kajang |
|